14 January 2010
14 September 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
18 August 2009
Solat Hajat Perdana
SK PULAI , OGOS — Calon-calon UPSR 2009 bersama ibubapa/penjaga dan guru-guru SK PULAI (SKP) akan mengadakan Solat Hajat Perdana pada Khamis 20 Ogos 2009 di Surau SKP. Tujuan program ini adalah untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan mental dan menerangkan hati mudah-mudahan calon-calon UPSR 2009 dapat menjawab dengan lancar semasa peperiksaan tersebut yang akan dijalankan pada 08 hingga 10 September 2009. Semua ibubapa/penjaga calon UPSR 2009 dan guru SKP dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan bermula pada jam 7.00 petang.
Percubaan UPSR 1
SK PULAI OGOS—Seramai 96 orang calon telah menduduki ujian tersebut pada 04 hingga 6 Ogos lalu. Seramai 13 orang calon telah memperolehi 5A dalam semua mata pelajaran. Pn Aimah Binti Rasidi, Guru Besar SKP mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam ujian tersebut. Beliau berkata hasil usaha kerja keras semua guru terutama guru-guru tahun 6 dan keazaman murid-murid tersebut berbalas apabila calon yang mendapat 5A makin bertambah. Beliau juga mengharapkan agar keputusan UPSR 2009 akan bertambah cemerlang dan berjaya mencapai target yang diidamkan.—Tahniah
SENARAI CALON YANG MEMPEROLEH 5A
1. AHMAD SYAIRAZI B BUSTAMAM
2. AMEERUL ASYRAF B ABDUL MALIK
3. AMIRAH BT ALIMUZAR
4. AYU RAIHANAH BT HAMZAH
5. HUMAIRAH BT YUSOF
6. NOR SHAFIKA BT MOHD ZAHIR
7. NUR AMIRA BT ZAINI
8. NUR IRDINA BT MOHD TOURISZ
9. NUR RAUDHA BT ZULKIFLY
10. NUR ZUNAIDAH BT RAHIM
11. RAUDHAH 'AQEELA BT ZAMIRUDDIN
12. RAUDHAHTUL HANISAH BT MAHATHIR
13. SITI NURZAKIAH BT OMAR
1. AHMAD SYAIRAZI B BUSTAMAM
2. AMEERUL ASYRAF B ABDUL MALIK
3. AMIRAH BT ALIMUZAR
4. AYU RAIHANAH BT HAMZAH
5. HUMAIRAH BT YUSOF
6. NOR SHAFIKA BT MOHD ZAHIR
7. NUR AMIRA BT ZAINI
8. NUR IRDINA BT MOHD TOURISZ
9. NUR RAUDHA BT ZULKIFLY
10. NUR ZUNAIDAH BT RAHIM
11. RAUDHAH 'AQEELA BT ZAMIRUDDIN
12. RAUDHAHTUL HANISAH BT MAHATHIR
13. SITI NURZAKIAH BT OMAR
14 August 2009
Gejala Selesema Babi (H1N1)
SK PULAI OGOS— Gara-gara gejala wabak ini, Sekolah Kebangsaan Pulai (SKP) diarah tutup selama seminggu mulai Selasa 11 Ogos 2009 hingga 17 Ogos 2009 oleh Penguatkuasa Kesihatan, Jabatan Kesihatan Daerah Jasin. Hasil tinjauan pemeriksaan kesihatan terhadap murid-murid SKP oleh pegawai kesihatan mendapati lebih 10 % murid-murid sekolah ini mengalami tanda-tanda awal Selesema Babi (H1N1) iaitu demam dan batuk. Semua warga SKP dinasihati mematuhi arahan kuarantin di rumah. Sekolah dibuka semula pada Selasa 18 Ogos 2009.
12 August 2009
Khidmat Bantu PSS di SK Pulai
SK PULAI OGOS - Program tersebut telah dijalankan pada 22 dan 23 Julai yang lalu di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulai , sehari selepas Majlis Pelancaran Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Daerah Jasin 2009. Program ini dibantu oleh enam orang Guru Perpustakaan dan Media Kawasan PKG Serkam bersama-sama guru-guru Sk Pulai.
Menurut GPM Sk Pulai, Bilik Tayang merupakan sasaran utama program ini kerana beliau ingin mengfungsikan semula bilik ini sebagai Bilik Tayang. Sebelum ini Bilik Tayang telah dijadikan sebagai bilik darjah kerana kekurangan bilik darjah (sebelum tahun 2007) dan menjadi tempat pengumpulan barang-barang sekolah semasa pembinaan bangunan baru (2007—2009) sekolah ini. Antara kerja yang dilaksanakan ialah mengecat sebahagian dinding dalam dan luar serta menghiasi kawasan dalaman bilik ini.

11 August 2009
Majlis Perasmian Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Daerah Jasin 2009
SK PULAI OGOS — Majlis tersebut telah disempurnakan pada Selasa, 21 Julai 2009 yang lalu di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulai oleh En Ramlan Bin Mohd Ali, Setiausha JAPERUN Serkam yang mewakili Y.B. Tn. Hj. Ghazale Bin Mohamad DSM, BCM, PJK, PBM ADUN Kawasan Serkam. 
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka(BTPNM) , Tn. Hj. Mohd Nor Bin Abu yang diwakili oleh En. Shuani Bin Hassan, PTP PKG(09) Melekek, dan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jasin, En Yusof Bin Ahmad yang diwakili oleh Cik Hjh Noora Binti Abu Bakar, Penolong PPD Unit Bahasa Inggeris. Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Jasin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber,PKG Daerah Jasin, Guru Perpustakaan Dan Media kawasan PKG Jasin, Masjid Baru, Selandar Sebatu dan Serkam serta guru-guru SK Pulai.
Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak BTPN Melaka yang dapat menjayakan program ini.Beliau mengharapkan agar program ini berjaya mencapai matlamat iaitu untuk meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah(PSS) secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran, meningkatkan penggunaan PSS dikalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini dan meningkatkan kadar pembacaan dikalangan pelajar sekolah selaras dengan perlaksanaan dan hala tuju Program NILAM.
Acara gimik perasmian telah disempurnakan oleh En. Ramlan Bin Mohd Ali dengan mengecat sedikit dinding luar bilik tayang PSS SK Pulai bagi menandakan pelancaran program tersebut.

Subscribe to:
Comments (Atom)