11 August 2009

Majlis Perasmian Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Daerah Jasin 2009

SK PULAI OGOS — Majlis tersebut telah disempurnakan pada Selasa, 21 Julai 2009 yang lalu di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulai oleh En Ramlan Bin Mohd Ali, Setiausha JAPERUN Serkam yang mewakili Y.B. Tn. Hj. Ghazale Bin Mohamad DSM, BCM, PJK, PBM ADUN Kawasan Serkam.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka(BTPNM) , Tn. Hj. Mohd Nor Bin Abu yang diwakili oleh En. Shuani Bin Hassan, PTP PKG(09) Melekek, dan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jasin, En Yusof Bin Ahmad yang diwakili oleh Cik Hjh Noora Binti Abu Bakar, Penolong PPD Unit Bahasa Inggeris. Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Jasin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber,PKG Daerah Jasin, Guru Perpustakaan Dan Media kawasan PKG Jasin, Masjid Baru, Selandar Sebatu dan Serkam serta guru-guru SK Pulai.
Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak BTPN Melaka yang dapat menjayakan program ini.Beliau mengharapkan agar program ini berjaya mencapai matlamat iaitu untuk meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah(PSS) secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran, meningkatkan penggunaan PSS dikalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini dan meningkatkan kadar pembacaan dikalangan pelajar sekolah selaras dengan perlaksanaan dan hala tuju Program NILAM.
Acara gimik perasmian telah disempurnakan oleh En. Ramlan Bin Mohd Ali dengan mengecat sedikit dinding luar bilik tayang PSS SK Pulai bagi menandakan pelancaran program tersebut.

No comments:

Post a Comment