12 August 2009

Khidmat Bantu PSS di SK Pulai

SK PULAI OGOS - Program tersebut telah dijalankan pada 22 dan 23 Julai yang lalu di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulai , sehari selepas Majlis Pelancaran Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Daerah Jasin 2009. Program ini dibantu oleh enam orang Guru Perpustakaan dan Media Kawasan PKG Serkam bersama-sama guru-guru Sk Pulai.
Menurut GPM Sk Pulai, Bilik Tayang merupakan sasaran utama program ini kerana beliau ingin mengfungsikan semula bilik ini sebagai Bilik Tayang. Sebelum ini Bilik Tayang telah dijadikan sebagai bilik darjah kerana kekurangan bilik darjah (sebelum tahun 2007) dan menjadi tempat pengumpulan barang-barang sekolah semasa pembinaan bangunan baru (2007—2009) sekolah ini. Antara kerja yang dilaksanakan ialah mengecat sebahagian dinding dalam dan luar serta menghiasi kawasan dalaman bilik ini.

No comments:

Post a Comment