18 August 2009
Solat Hajat Perdana
SK PULAI , OGOS — Calon-calon UPSR 2009 bersama ibubapa/penjaga dan guru-guru SK PULAI (SKP) akan mengadakan Solat Hajat Perdana pada Khamis 20 Ogos 2009 di Surau SKP. Tujuan program ini adalah untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan mental dan menerangkan hati mudah-mudahan calon-calon UPSR 2009 dapat menjawab dengan lancar semasa peperiksaan tersebut yang akan dijalankan pada 08 hingga 10 September 2009. Semua ibubapa/penjaga calon UPSR 2009 dan guru SKP dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan bermula pada jam 7.00 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment